Friday, May 2, 2008

Subjek 1: Novel Darah Kedayan Edisi Brunei


Inda ku banyak baluih catatan pasal Kadayan ani. Ada ku paanah tabaca janya ada tiga buah buku/catatan pasal Kadayan ani. Ngalih udah ku bakakas inda jua ku kajumpahan. Lalai-lalai ku bakakas indada ku pulang ada masa kan meng'update' blog ani. Jadinya ku biaakan saja kamudian kajumpahan jua tu kaang kalau inda dihunjar.

Janya buku atu salah satu buku/catatan lama atu iatah novel 'Darah Kedayan' ani. Kana buat tahun 1947, kiaa umuunya sampai tahun 2008 ani 61 tahun. Kiaa tuha udah tu. Kalau kan mau tahu labih jauh baca sinopsis bawah ani:

SINOPSIS

Novel Darah Kedayan ini merupakan sebuah cerita yang berlatarbelakangkan Brunei dalam masa pendudukan Jepun. Novel ini juga mengutarakan salah satu puak di Brunei iaitu masyarakat Kedayan sebagai watak-watak penting dan unggul dengan sifat-sifat yang mulia iaitu rajin, dedikasi, gigih, jujur, setia dan berani. “Mereka menjadi kawan yang setia di dalam masa susah, menjadi teman yang riang di dalam masa senang”.

Novel ini ditulis oleh Harun Aminurrashid pada bulan Oktober 1947 dan diterbitkan dalam tulisan jawi pada bulan Disember 1947 sebagai penghormatan dan kenang-kenangannya pada Haji Saleh bin Abdul Kahar, ketua kampong yang telah banyak memberikan pertolongan kepadanya sewaktu beliau tinggal di Brunei. Memandangkan kepada novel ini merupakan sebuah cerita yang menarik tambahan pula ia berlatarbelakangkan Brunei, maka Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei menerbitkannya semula dalam Edisi Brunei untuk diedarkan kepada pembaca-pembaca di Brunei khususnya. Novel Darah Kedayan edisi Brunei ini telah disunting semula dan dubahsuai serta dikemaskinikan tanpa mengubah dasar cerita. Semua perubahan yang dibuat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei telah dihadapkan dan mendapat persetujuan daripada penulisnya.

BIODATA PENGARANG NOVEL DARAH KEDAYAN

Nama penuhnya Haji Harun bin Mohammad Amin. Dilahirkan di Singapura pada 7hb Ogos 1907. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Telok Kurau, kemudian pada tahun 1921 berpindah ke Sekolah Melayu Kallang. Apabila tamat terus bertugas sebagai Guru Pelatih. Antara tahun-tahun 1924-27, melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjong Malim. Sebaik-baik sahaja tamat dari maktab tersebut, terus diambil menjadi tenaga pengajar di sana (1928-38) Pada tahun 1939, dihantar ke Brunei untuk menjawat jawatan Penguasa Pelajaran Melayu Negeri Brunei.

Pada tahun 1946 sekembalinya ke Singapura, beliau terus diambil bekerja oleh Royal Press Limited (Singapura) untuk memimpin majalah Hiboran dan beberapa akhbar dan majalah lain seperti Belia, Malayu Raya, Kenchana, Tunas, Mutiara dan Dewan Pujangga. Mula menulis sejak menjadi guru. Novel pertama beliau yang bertajuk Melor Kuala Lumpur dicetak dalam tulisan jawi pada tahun 1930.

Sehingga sekarang, beliau telah berjaya menghasilkan lebih daripada 60 buah novel, buku pengembaraan, buku teks sekolah dan buku kajian mengenai puisi Melalui. Beliau pernah menggunakan nama pena seperti Har, Atma Jiwa dan Gustam Negara. Beliau merupakan seorang Pengarah Melayu yang namanya tercatat dalam buku Dictionary of International Biography iaitu sebuah buku yang diterbitkan di London.

kedayanbrunei.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

Sdr Awang Kedayan and others

Nice blog your group had.
We at kadayanuniverse.com welcome to you to the internet.
Hopefully we can share the info on kedayan in future. Thanks



www.kadayanuniverse.com